I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 31 Disember 2010

Salam Sayang Dua ribu sepuluh (2010)

SALAM TAHUN BARU 
2011


Jumaat, 24 Disember 2010

Melaka BIG project ! Panasszz~ PART 2

MELAKA BIG PROJECT
Salam satu Malaysia!

1.Laman Seni Filem City a.k.a MELAKAWOOD
Petualangan YokiesLand

DALAM masa lima tahun - kita akan mempunyai taman tema antarabangsa
 rasa kita sendiri secara tempatan dan  
agak standard di Laman Seni Filem City, di Green City, HangTuah Jaya, Ayer Keroh. Kompleks bersepadu daripada dua akademi filem, empat taman tema keluarga berdasarkan watak animasi yang dihasilkan oleh Fine Animation SdnBhd, anak syarikat lain Eurofine Group. Petualangan YokiesLand yang penuh cabaran, Dunia Frootees  dan Kota Istana Putih.  Laman Seni Filem City menawarkan perkhidmatan produksi dan pasca produksi untuk pembuat filem selain dari katering dan penginapan.

Kota Istana Putih

Mesti Ada yang tertanya-tanya~Putih tuh sapa?
xkn korg x knal..animasi ter-HOT.
erra fazira+m.nasir+maimunah+raja azura~

 Taman ini bakal menempatkan dua akademi berkaitan perfileman yang dilengkapi studio suntingan, grafik dan audio digital terkini, selain empat taman tema keluarga dan hotel berasaskan watak animasi terbitan Fine Animation Sdn Bhd, sebuah pusat beli belah dan dua laman rekreasi dan hiburan. 

"Jika seluruh dunia sudah mengenali Disneyland, Universal Studio atau Legoland, syarikat kami meletakkan cita-cita supaya Laman Seni Film City bakal menjadi satu taman tema jenama Malaysia yang pertama dan terkenal di seluruh dunia dalam tempoh lima tahun akan datang. 

"Projek ini juga adalah perancangan 10 tahun Kumpulan Eurofine," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian pembelian tanah bagi tapak projek itu dengan Yayasan Melaka di Ayer Keroh.


2.Perkampungan Hang Tuah
Sedutan dari filem Puteri Gunung Ledang-Hang Tuah village

Kampung Sungai Duyung menjadi satu lagi produk pelancongan negeri yang dikenali Perkampungan Hang Tuah melibatkan kos projek sebanyak RM135 juta.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, fasa pertama projek yang keseluruhannya melibatkan empat fasa itu dijangka dimulakan hujung tahun ini sebaik sahaja permohonan peruntukan Kerajaan Pusat menerusi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) diluluskan.
Beliau berkata, projek seluas 24 hektar itu merupakan usaha terbaru kerajaan negeri untuk mengalih tumpuan pelancong terhadap produk pelancongan negeri di kawasan pusat bandar yang menceritakan sejarah Melaka secara keseluruhannya.


perigi Hang Tuah akan sekali lagi menarik pelbagai pelancong dari dalam serta luar.

Kapal Mendam Berahi

Antara tarikan utama yang akan dibina adalah kapal Mendam Berahi, muzium, galeri, gelanggang silat, pusat jualan barangan antik dan kraf tangan, rumah lima pahlawan dan perkampungan zaman Kesultanan Melayu Melaka

3.Taman Tema Empire Marine Melaka,Pantai klebang

klik untuk besar!

Taman Tema Empire Marine

MELAKA: Melaka bakal mendapat satu lagi mercu tanda apabila projek Taman Tema Empire Marine Melaka berharga RM600 juta siap dibina di kawasan Klebang Besar dekat sini menjelang 2011.

Projek di kawasan seluas 81.2 hektar yang dimulakan secara rasmi baru-baru ini diyakini mampu melonjakkan lagi pembangunan sektor pelancongan negeri ini. 


Ia berkonsepkan warisan kebudayaan dan sejarah Melaka yang bakal dipaparkan secara interaktif untuk membangkitkan kembali zaman kegemilangan Melaka.

Taman tema berprestij itu akan dibina dengan reka bentuk moden dilengkapi kemudahan permainan air, pusat sukan dan permainan khusus untuk kanak-kanak.

Selain pelbagai permainan air bagi memberi kelainan dan keseronokan pengunjung, turut disediakan ialah persembahan kebudayaan 'amphitheatre' dengan inspirasi sejarah awal Melaka, kolam renang serta jakuzi.

Presiden Empire World Wide Sdn bhd, Datuk Dr Alex Teh berkata, kemudahan lain adalah penginapan 1,397 unit apartmen, 202 chalet perkampungan air serta 3,000 bilik hotel bertaraf lima bintang, selain 200 kediaman berlainan konsep.

Katanya, fasa pertama projek bermula baru-baru ini membabitkan pembinaan 510 unit kompleks perniagaan perusahaan kecil dan sederhana.

"Apa yang membanggakan, setakat ini 80 peratus apartmen berjaya dijual. Dari segi promosi, kami memberi tumpuan menarik lebih ramai pelancong China berkunjung ke negeri ini berdasarkan pasaran pelancongan yang baik di negara itu, sekali gus menjadikan taman tema ini yang terbaik di selatan tanah air," katanya. 



Mirip kubu Portugis abad ke-16, taman tema itu turut menggunakan rekaan rumah tradisional Melayu Melaka bagi menampilkan ciri-ciri kebudayaan negeri ini.

Beliau berkata, setiap ruang bakal memberikan suasana santai kepada pengunjung, selain pengalaman menghayati hidupan laut menaiki kapal mewah di persisiran Selat Melaka.

Dr Alex berkata, turut disediakan ialah pusat konvensyen dan ruang pameran yang mampu menempatkan 10,000 pengunjung pada satu-satu masa.

"Kami yakin projek ini dapat menjana pertumbuhan ekonomi Melaka di samping membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Ini membantu kerajaan negeri menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung dan bermalam di sini," katanya.


Selasa, 14 Disember 2010

Dinasour Menyerang Pusat Sains Negara! + Taman Salji Akan Dibina di I CiTY



Pusat Sains Negara (PSN) kini diserbu orang ramai yang ingin melihat secara dekat 32 ekor dinosaur - reptilia yang pernah wujud di muka bumi kira-kira 165 juta tahun dahulu.


`
Serangan’ dinosaur di PSN itu merupakan sebahagian daripada pameran Dinos Alive yang bermula sejak 1 Disember lalu.



Ngauman ngeri spesies Tyrannosaurus Rex atau T-Rexmisalnya boleh didengar hingga ke luar pusat pameran.

Malah ngauman ngeri itu akan terus mengancam para pengunjung PSN selama enam bulan hingga Mei tahun depan.

Apa yang menakjubkan, semua 32 dinosaur yang ditampilkan di PSN itu seolah-olah hidup kerana ia digerak menggunakan kaedah robotik.



Kesemuanya dibina berdasarkan saiz dan struktur badan menyerupai haiwan itu yang sebenar.

Tidak cukup dengan itu, pengunjung juga pasti akan teruja dengan elemen nilai tambah yang dilengkapkan pada setiap dinosaur seperti pergerakan mekatronik dan kesan suara serta semburan asap.

Dengan itu kesemua dinosaur yang dipamerkan kelihatan seolah-olah hidup dan bernyawa.
Sebaik sahaja pengunjung tiba di pintu masuk pameran, mereka akan disambut oleh T-Rex dan Apatosaurus.




T-Rex tersebut mempunyai ketinggian lima meter iaitu menyamai ketinggian dua ekor gajah Sumatera yang disusun secara bertingkat.



Sementara saiz Apatosaurus pula yang sepanjang 21 meter menyamai saiz mamalia terbesar dunia iaitu paus biru.

Pengunjung kemudiannya akan meneruskan perjalanan ke tingkat satu PSN di mana terletaknya galeri pameran sebenar.

Terdapat dua galeri yang disediakan iaitu galeri spesies dinosaur pemakan daging atau karnivor dan spesies yang memakan tumbuh-tumbuhan (herbivor).

Lebih mengujakan, pameran berkenaan turut menyediakan lima biji telur dinosaur spesies Triceratops dan fosil sebenar spesies T-Rex serta Chasmosaurus.



Untuk setiap spesies yang dipamerkan terdapat penerangan ringkas tentang habitat, tabiat kehidupan dan pemakanannya.

Di penghujung galeri spesies herbivor, terdapat seekor dinosaur yang boleh menari mengikut rentak muzik bagi menghiburkan para pengunjung.


~TAMAN SALJI @ ICT~

lagi 2 minggu dari skrg..anda semua bolehla bermain salji dengan riangnya di Taman Tema Lampu I  City.



wow! Taman salji!!
Taman Salji I City akan membolehkan anda bermain salji seolah-olah salji jatuh sendiri keatas badan anda dan anda dapat merasainya serta menyentuhnya seolah-olah salji sebenar.



Teknologi yg dibawa dari Korea Selatan ini pasti akan membuatkan anda begitu teruja.
Anda juga dapt menyaksiakn ukiran ais yang pasti menggamit memori anda!






Seperti berada di negara bersalji, anda pasti tidak akan melupakan kenangan ini.
Bayangkanlah anda dapat menyentuh salji yang jatuh dari atas..
wow!!
memang seronok!!


Berita panas ini dibawa oleh Hareez Haiqal~
Sumber: Utusan Malaysia.

Selasa, 7 Disember 2010

SALAM MAAL HIJRAH!


SELAMAT TAHUN BARU BAGI SEMUA UMAT ISLAM  SELURUH DUNIA!

SEMOGA SEGALA AZAM DAPAT DI JAYAKAN PADA TAHUN INI!

SALAM MAAL HIJRAH 1432!


Ahad, 5 Disember 2010

Melaka BIG project ! Panasszz~

MELAKA BIG PROJECT
Salam satu Malaysia!

1.Taman Singa Laut Dan Ikan Lumba-Lumba

-Sealion & Dolphin park-


Taman Singa Laut yang terletak di Pulau Melaka dan bakal menjadi tarikan terbaru pelancongan di negeri ini akan dibuka kepada orang ramai bulan depan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, projek bernilai RM2 juta itu kini telah 65 peratus siap dan dijangka mencapai 95 peratus pada 15 November ini.
Menurut beliau, walaupun kerja-kerja pelaksanaan projek terbabit lewat dua bulan, beliau yakin ia boleh disiapkan pertengahan Disember ini.

 Sebagai permulaan dua ekor singa laut akan dibeli dari Indonesia dan dilatih untuk membuat persembahan kepada orang ramai,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau projek terbabit di Pulau Melaka, Banda Hilir di sini kelmarin.
Taman Singa Laut yang pertama dibina di negeri ini mampu memuatkan kira-kira 1,500 orang untuk satu pertunjukan.
Mohd. Ali berkata, taman itu akan diuruskan oleh anak syarikat kerajaan negeri, Menara Taming Sari Berhad yang kini mengendalikan operasi Menara Taming Sari dan monorel di Taman Rempah.
Menurutnya, harga tiket yang akan dikenakan kepada pengunjung ialah RM5 untuk kanak-kanak dan RM10 bagi dewasa.
”Harga tiket ini tidak mahal kerana pengunjung akan berpuas hati dengan persembahan daripada kedua-dua haiwan terlatih ini,” ujarnya.
Beliau menambah, produk pelancongan terbaru itu dijangka mampu menarik minat kira-kira 1,000 pelancong sehari dengan pendapatan RM10,000 sebulan.
“Kita yakin, selepas ini Pulau Melaka yang dahulunya suaram bakal menjadi produk pelancongan terkenal antaranya seperti Bandar Arab dan Taman Ikan Lumba-Lumba,"katanya
wow~Taman Ikan Lumba-Lumba Melaka

Menurutnya, projek pembinaan Taman Ikan Lumba-Lumba di Pulau Melaka dijangka bermula tahun depan.
 Projek itu katanya,dijangka memakan masa setahun untuk disiapkan.
Taman Singa Laut ini dijangka siap pada 15 November 2010 bagi merebut situasi cuti sekolah. Tempatnya adalah di Pulau Melaka iaitu belakang banda hilir. 
Dijangka pertunjukan selama 45 minit.

Pertunjukan ini akan diuruskan oleh sebuah syarikat swasta, namun hasilnya sebanyak 30% setahun akan dipungut oleh Kerjaan Negeri Melaka.
show ni pasti gempak giler!!


2.BANDAR ARAB, Melaka

-Arab City Malacca-

Arab City Melaka, yang dikatakan sebagai yang pertama seumpamanya di dunia, akan dilancarkan pada Selasa ini, demikian menurut pemajunya, Golden Corporate Heritage Sdn Bhd (GCH) hari ini.
Pelancaran itu susulan pemeteraian perjanjian kontrak antara GCH dan kerajaan negeri Melaka di Kuala 
Lumpur pada Jumaat lepas, katanya di sini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menandatangani bagi pihak kerajaan negeri manakala pengarah urusan GCH Hesham El Din Fathi Mohamed mewakili syarikat.

“Kami bersedia untuk menjadikan projek ini sebagai bandar Arab yang sebenar. Selain infrastruktur, kami komited untuk membawa pelbagai produk Arab ke bandar itu,” kata Hesham kepada Bernama.

GCH yang berpangkalan di Kuala Lumpur merupakan usaha sama antara rakan kongsi Dubai, Arab Saudi dan Malaysia. Syarikat itu mempunyai pejabat cawangan di Dubai dan Arab Saudi dengan kepentingan dalam hartanah, perdagangan serta minyak dan gas.

Antara kemudahan yang dicadangkan di Arab City itu ialah 15 restoran yang akan menyajikan pelbagai hidangan Arab, pusat konvensyen dan bazaar yang akan mempunyai 200 kedai.

“Pelancaran berkenaan yang akan berlangsung selepas beberapa hari pemeteraian kontrak, mencerminkan hubungan baik antara kerajaan negeri Melaka dan GCH dalam usaha mempromosi dan menggalakkan pelaburan di Malaysia,” kata Hesham.

Persembahan multimedia Arab City Melaka akan diadakan pada majlis pelancaran yang dihadiri oleh beberapa media Arab dan tempatan, ahli perniagaan dan wakil dari Kedutaan Arab di sini.
– BERNAMA


3.BAHTERA MERDEKA 5D

-Melaka Alive Bahtera Merdeka 5D-


Pernahkah anda menonton wayang dengan air menjadi layarnya?

Seperti tidak masuk akal tetapi itulah produk pelancongan terbaru dikenali sebagai Melaka Alive Bahtera Merdeka 5D (dulu dikenali Dataran Cahaya dan Bunyi) yang sedang dibangunkan berhampiran Dataran Pahlawan Megamall, Banda Hilir di sini.
-gambar hiasan-

Projek yang menelan belanja RM21 juta itu merupakan sebuah panggung wayang yang menggunakan tirai air sebagai layar dan dibangunkan di atas sebuah kapal dikenali sebagai Bahtera Merdeka.

Keunikan menonton wayang dengan air menjadi layar adalah yang pertama dibina di Asia menggunakan gabungan teknologi dari United Kingdom, Itali dan Amerika Syarikat (AS).

Projek itu dibangunkan dengan usahasama Syarikat Sarner IXL Sdn. Bhd. dan Perbadanan Muzim Melaka (Perzim).

Ketua Pegawai Eksekutif Sarner IXL Sdn. Bhd., Suffian Afendi Ahmad Apandi berkata, Melaka Alive Bahtera Merdeka 5D merupakan panggung wayang paling unik pernah dibina di negara ini kerana menggunakan tirai air sebagai layar.

Lebih menarik, katanya, orang ramai akan menonton wayang di atas sebuah kapal yang dibina khas mirip kapal yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai Bahtera Merdeka.
''Wayang yang akan ditayangkan mengisahkan kisah sejarah silam sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga negara mencapai Kemerdekaan


''Tidak hanya menonton wayang dengan air menjadi layar tetapi ia turut dilengkapi dengan kesan khas seperti bunyi letupan, percikan api, tiupan angin, asap, gegaran dan sebagainya.

''Di samping itu, ia turut dilengkapi dengan jaluran cahaya digital yang akan mengikut rentak filem yang ditayangkan serta dibantu oleh sistem audio termoden menggunakan teknologi dari Itali.

Suffian Afendi berkata, bahtera yang sedang dibina itu mampu memuatkan kira-kira 320 penonton untuk setiap tayangan.

Katanya, Melaka Alive Bahtera Merdeka 5D dibangunkan mirip seperti yang terdapat di Las Vegas, Amerika Syarikat.


Menurutnya, orang ramai akan merasai seolah-olah berada di zaman Kesultanan Melayu Melaka ketika menonton wayang itu kerana dibantu oleh kesan khas, jaluran cahaya digital dan sistem audio.

''Inilah keunikan Bahtera Merdeka yang pertama terdapat di Asia. Melaka Alive Bahtera Merdeka bakal menjanjikan pengalaman paling unik kepada orang ramai," katanya.

Projek itu, katanya, telah pun bermula sejak menandatangani perjanjian dengan Perzim pada 10 Ogos lalu dan dijangka siap sepenuhnya April tahun depan.

Beliau berkata, itu merupakan projek fasa pertama dan bagi fasa kedua pula pihaknya akan menaiktaraf empat muzium di bawah pengurusan Perzim melibatkan kos sebanyak RM41 juta.

wow! melaka dah ada monorel! syabas melaka!
melaka maju 2010!

Tahniah Melaka!
kepada mereka-mereka diluar sana yang suka menyalah ertikan setiap projek pelancongan ini..sudah-sudahlah..buat spekulasi yg kurg cerdik!
ini secara tidak langsung dpt menambahkan pendptn negara serta negeri itu sendiri.
dan dpt mengukuhkan lagi Melaka sebagai destinasi terkemuka dunia sbg pusat perlancongan antarabangsa!




Sabtu, 6 November 2010

Little India Malaysia!

Perasmian Little India Brickfields

Pada dahulunya kita mungkin tidak mempunyai Little India secara rasmi di Kuala Lumpur serta Malaysia.
Brickfields juga mungkin dahulunya hampir tidak dikenali oleh rakyat malaysia yang tinggal di luar Kuala Lumpur,
Ttapi Kini Brickfields sudah di upgrade menjadi Little India secara Rasmi dan ia telah dihiasi dgn gerbang2 yang amat cantik dan diukir dgn penuh ketelitian dan ianya menggunakan seni bina India sebenar serta lampu-lampu yg berbentuk agak menarik dan jalan raya yang dihiasi dengan seni-seni India~
Little india Brickfields



PM Malaysia & PM india

Kawasan Brickfields secara rasmi sudah diisytiharkan sebagai Little India pada 27 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia(Najib razak) dan Perdana Mneteri India (Manmohan Singh).

Dulu ader gak nengok plan Little India nih kat paper Star. bulan 9 2009 yg lalu~
wah tidak disangka..menjadi rupanya!.

Official Little india!

Antara kepentingan Brickfields sebagai kawasan tumpuan orang India dilihat boleh menjana sumber pendapatan dalam sektor pelancongan sekali gus menguntungkan negara. Kawasan ini diiktiraf sebagai lokasi pelancongan dan tumpuan orang India.
sekitar Brickfields
Kedai bunga Little India Brickfields
Terdahulu, Nong Chik dan Saravanan meluangkan masa kira-kira sejam setengah melawat tapak bazar berkenaan yang menempatkan 428 gerai jualan pelbagai barang keperluan sempena Deepavali yang akan disambut esok.
Jalan utama
Tambah Nong Chik, keperluan untuk menjadikan Brickfields sebagai Little India dilihat penting untuk kemajuan kawasan itu sendiri.
Tegasnya, struktur gerai di situ akan disusun semula dengan lebih teratur untuk kemudahan pelancong asing mahupun pengunjung tempatan sendiri.

Dihujung itu Air pancut (Elephant fountain)

Brickfields telah memasuki era baru bukan sekadar kawasan penempatan dan perniagaan kaum India semata-mata tetapi sebagai kawasan yang mampu menarik pelancong dari seluruh dunia.
Jalan Raya BRICKFIELDS

Brickfields dijamin akn mnjdi kawasan ini menjadi sebuah destinasi pelancongan yang pasti membawa keuntungan kepada semua pihak,

Selain itu,Little India telah mendapat penghargaan besar apabila kerajaan India menyatakan hasrat untuk menghadiahkan replika India Gate bagi dijadikan sebahagian daripada monumen yang terdapat dalam projek di Brickfields itu.

elephant fountain.Tallest Fountain in Malaysia!

Elephant Fountain

Satu lagi monumen yang akan dibina untuk Little India ialah struktur air pancut yang dipanggil Elephant Fountain kerana berbentuk gajah.
"Gajah itu setinggi 30 kaki (kira-kira 9 meter) dan air akan dipancutkan dari belalainya.

Brickfields juga merupakan tempat pelbagai agama bersatu. Ini dapat dibuktikan dgn beberapa Tempat ibadat. Antaranya ialah, tokong,kuil,masjid,gudwara serta gereja!
disini juga terdapat jalan yang diberikan nama Jalan Berhala!
Uniquely Brickfields 

Disamping itu, kawasan sekitar Brickfields juga mendapat sentuhan baru serta pembangunan yg baru.
Antara ikon baru yang menjadi mercu tanda kawasan Brickfields ialah 348 SENTRAL.
Bangunan ini amat unik!
Model 348 sentral
Pembangunan 348 Sentral sedang rancak dibina!



"Malaysia adalah negara berbilang kaum, etnik dan demokrasi yang menghormati asas-asas hak asasi rakyatnya.
"Saya tidak ada sebab untuk berasa khuatir terhadap masa depan masyarakat India dalam negara yang hebat ini," Perdana Menteri India.(Manmohan Singh)